Rukun Negara
1.Apakah hasrat negara kita yang hendak di capai melalui rukun negara

*Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
*Memelihara cara hidup demokratik
*Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
*Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
*Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

2.Apakah prinsip Terpenting Rukun Negara

#.Kepercayaan kepada tuhan

#.Kesetian kepada raja dan negara

#.Keluhuran Perlembagaan

#.Kedaulatan Undang-Undang

#.Kesopanan Dan kesusilaan

3.Mengapakah rakyat mesti menunjukkan taat setia kepada Raja dan Negara?
-Kerana Raja berkuasa mutlak
-Raja merupakan ketua negara
-Raja merupakan lambang perpaduan rakyat
4.Perlembagaan merupakan tunjangn kepada segala undang-undang di negar kita.Mengapakah setiap rakyat dan orang asing mesti menghormati undang-undang negar kita?
-Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan yang tertinggi.
-Perlembagaan berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada setiap
rakyat negara akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
5.Pada pendapat anda apakah yang akan berlaku jika rakyat negara kita tidak mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan?
-keganasan berleluasa-kezaliman manusia yang melampaui batas.
-negara menjadi mundur.
-Perpaduan tidak dapat dipupuk



Asal Silah Tun Hussein Onn
Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Bondanya Datin Halimah Hussein.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Singapura dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.


Di petik dari wikipedia
Pengenalan Tun Hussein Onn

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Perdana Menteri Malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum..kami dari kumpulan 3 diberi tugasan yang baru iatu sejarah tentang perdana menteri malaysia..kami memilih perdana menteri ke-3 iatu Tun Hussein Onn..
Xiang Qi
Xiang Qi


Xiang qi merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsa, chaturanga, shogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.

Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.

Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Permainan kaum Cina
MAHJONG


Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung
telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
Sepak Raga/ Takraw
Sepak Raga

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain:

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.